Wednesday, November 4, 2009

SENI BINA



TEMBOK BESAR CHINA
  • Tembok besar merentasi lembah, gunung, gurun, sungai dan dataran tanah rata.

  • Tenaga buruh diperolehi daripada banduan, tawanan perang, askar, rakyat jelata dan petani.

  • Terdapat satu peribahasa China yang menyatakan bahawa orang yang tidak sampai ke Tembok Besar China bukanlah pahlawan yang sebenar.

  • Tembok yang mula dibina pada tahun ke-18 Hongzhi (tahun 1505) ini terletak di bahagian selatan Kaunti Yanqing.

  • Ia merupakan sebahagian daripada projek pertahanan tentera Dinasti Ming yang dipelihara keutuhannya sampai sekarang.


    Gaya seni bina China merujuk kepada suatu gaya seni bina yang telah dibentukkan di Asia untuk beberapa abad.
    Prinsip-prinsip seni bina China secara besarnya tidak berubah, perubahan utama hanya pada perincian berhiasan.
    Sejak Dinasti Tang, seni bina China telah mempunyai pengaruh besar ke atas gaya seni bina Korea, Vietnam dan Jepun.

SIMBOL BINATANG DALAM PELUKISAN JEPUN

Japanese Tiger Symbol



  • Melambangkan kuasa dan kekuatan

  • Harimau adalah simbol yang sangat ampuh digunakan di banyak kebudayaan di Asia.

  • Keganasan, kelajuan dan keindahan adalah beberapa hal-hal yang berkaitan dengan harimau di Jepun.

  • Binatang ini juga dikenali kerana kekejaman dan murka.

  • Menurut tradisi Jepun jika anda melihat harimau dalam mimpi itu menunjukkan kedatangan kekuatan baru.

  • Harimau bintang telah digunakan untuk pelbagai tujuan dalam tradisi Jepun.
  • Dari menjadi simbol untuk mengusir kejahatan ia juga menjadi simbol untuk memusnahkan jenayah.

  • Orang yang lahir pada tahun harimau diyakini emosional, sensitif dan penuh kasih. Pada saat yang sama mereka dianggap keras kepala dan berpusat pada diri sendiri.

KARYA OLEH: KISHI GANKU (1749-1838)
Tiger, hanging Scroll painting: Late 18th century.
  • Harimau dengan bulu berwarna oren, garis-garis hitam, dan mata hijau terang.
  • Pelukis menggambarkan harimau tersebut menyusun langkah dengan berhati-hati menyusuri jalan berbatu sepanjang aliran air yang mengalir.


Wednesday, October 14, 2009

6 Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu Lelaki

1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud saya percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi maksud saya mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.Contoh mudah: Pasangan anda berkerja sebagai seorang kerani dan gaji bulanannya sebanyak RM1000.00 sebulan bersih(dah ditolak KWSP dsb.). Anda pula memang tahu status kewangan dan “pattern” perbelanjaannya. Dia ada banyak tanggungjawab, bil-bil untuk dijelaskan setiap bulan dan sebagainya. Kira gajinya cukup-cukup sahaja.Satu hari dia membelikan anda cincin emas berharga RM700.00. Anda tanya, “Mana dapat duit?”. Dia kata, lama dah simpan khas untuk “surprise”kan anda. Oklah, boleh terima.Bila anda tengok pakaiannya pula berjenama. Dia mula “shopping sakan” dan anda pun dia belikan bermacam barangan lagi. Anda tanya lagi, “Mana dapat duit?”. Dia kata, “ada la “bisnes” dengan kawan… ” Anda pun percaya terus…Soalan di sini, dalam senario di atas, tidakkah anda rasa musykil dan bermacam soalan lagi bermain dalam kotak fikiran tentang jawapan mudah seperti itu? Atau anda tergolong dalam wanita yang terus percaya 100% tanpa banyak soal lagi?Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya tentang apa yang ditanya atau diragui oleh pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan sahaja tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa sahaja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang lain?Jadi, sekiranya ada sesuatu yang anda rasa ragu-ragu, perlu ditanya kepada pasangan anda, jangan tunggu, jangan simpan. Cuma pastikan anda bertanya kepada dia pada masa dan keadaan yang sesuailah. Percaya secara total dan “semborono” boleh meletakkan anda dalam bahaya.Contoh dalam senario di atas tadi, menjadi rakan kongsi untuk mengedar dadah adalah maksud sebenar dia berkenaan ayat, “ada la bisnes dengan kawan…”.Kalau ini berlaku… macamana?
2. Wanita yang “terdesak” untuk berkahwin.Umur yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.Kerisauan terhadap faktor umur yang meningkat, tekanan ibu bapa, pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika kahwin lewat mampu menyebabkan sesetengah wanita seolah-olah “terdesak” untuk mencari pasangan hidup.Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh “terlepas pandang” tentang sikap, kualiti, dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu.Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakannya berkerjaya secara tidak langsung membawa maksud mereka sudah mempunyai tahap kewangan yang stabil.Ini memungkinkan mereka menjadi mangsa “buaya professional” yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini. Kalau anda dalam golongan wanita seperti ini, ingat… biar lambat, asal selamat!
3. Wanita “sosial”.Ini bukan sosial dari segi terlibat dengan Mercy Malaysia ke, persatuan wanita di kawasan anda ke, atau perkara yang seumpamanyalah.Sosial dalam hal ini ialah suka kepada “night life”, disko, berparti, “clubbing”, pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah “life is short, so have fun!”, atau “masa muda ni la nak rasa macam-macam. .”. Fahamkan maksud saya?Wanita-wanita ini (lebih ramainya gadis remaja), yang melibatkan diri dengan cara hidup bebas dan sosial seperti ini terang-terangan mendedahkan dan “mengiklankan” diri sendiri kepada “species” lelaki pemangsa wanita.Bersosial tanpa batasan adalah di antara resepi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu sekaligus dirosakkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.Tepuk dada, tanya selera!
4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal. Bukan itu sahaja. Kalau itu yang dijadikan ukuran wanita berilmu, kenapa masih terlalu ramai wanita yang ditipu, dihina, dipermainkan, dan sebagainyalah oleh lelaki yang berbahaya?Wanita yang berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu dirinya supaya tidak “terpilih” lelaki penipu dan berbahaya. Sekiranya dia “terjebak” dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.Ia juga bermaksud wanita yang mengetahui hak-haknya sebagai wanita dan sebagai seorang isteri. Wanita yang berilmu juga berani “membetulkan” keadaan dan mempertahankan haknya bila perhubungan/ perkahwinannya terganggu/diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau pasangannya sendiri.Wanita seumpama ini mampu menjadi pasangan/isteri yang sentiasa menjadi kebanggaan pasangan/suaminya sendiri dan mempunyai segala sifat sebagai seorang yang cemerlang.Wanita seperti ini, sentiasa cintakan ilmu. Sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu selagi hayat dikandung badan.Wanita yang mempunyai segulung ijazah atau Ph.D pun boleh ditipu dan dipermainkan lelaki “species berbahaya” ini…apatah lagi jika wanita yang hanya meletakkan 100% kebahagiaannya ke atas lelaki dan langsung tidak mahu atau mengambil mudah untuk meningkatkan ilmu dalam diri?
5. Wanita yang memandang “faktor fizikal” sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki “cute”, “macho”, dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati?Ingat..semakin “handsome”, “cute”, “sexy” seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda sebagai wanita perlu menggandakan “sistem pertahanan” diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK “handsome” dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang “handsome”?Ingat.. “handsome”, “cute”, dan seumpamanya itu pada seseorang lelaki sepatutnya BUKAN menjadi antara ciri-ciri utama lelaki idaman wanita. Ia sepatutnya hanya menjadi ciri-ciri “bonus” lelaki idaman wanita.Nasihat untuk wanita yang mudah “cair” dengan lelaki seperti ini, dan menjadikan lelaki seperti ini sebagai “target” utama ciri bakal pasangan hidupnya: fikir masak-masak!Anda mungkin sedang diperhatikan oleh “pemangsa handsome dan sexy” yang sentiasa mencari wanita untuk ditipu dan dipermainkan. .
6. Wanita yang “sabar” tidak bertempat.Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu “makan hati berulam jantung”, atau mungkin juga dah sampai tahap “makan tangan berulam kaki”. Dia didera(fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/suaminya namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan.Soalnya di sini, bila diperlakukan sebegitu, dia hanya “berharap” pasangannya akan berubah pada satu masa nanti TANPA mengambil tindakan yang sewajarnya.Tidak salah bersabar. Malah sabar adalah satu sikap yang baik, dituntut, terpuji, dan mulia. Namun demikian, sekiranya kesabaran itu akhirnya membawa mudarat terhadap diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan.Bersabar walau diperlakukan apa sahaja oleh lelaki/pasangan seperti ini seolah-olah memberi “lesen” kepadanya untuk terus mendera, menipu, dan menghina maruah wanita yang terlibat.Ingat kata orang dulu-dulu… “sabar biarlah bertempat”.
Untuk tatapan wanita n lelaki.
Diperolehi daripada sahabatku: Aedi firdaus @ Eprology Luscan..

Sunday, October 11, 2009

JIKA AKU MATI (republic)

Tak bisa kah kau renungkan
Semua kisah tentang kita berdua
Saat ego mu kuasai
Seluruh pikiranmu ini
Tak bisakah kau bayangkan
Angkuhnya dirimu itu
Saat kau merasa kau raja
Diatas semuanya,
Di atas semua cinta..
Dan cobalah kau mengerti
Bukan hanya kau yang mencintaiku
Tapi aku juga disini
Merasakan hal yang sama pada dirimu
Mungkin nanti jika aku mati
Sesalmu akan abadi
Rasuki pikiranmu

Saturday, October 10, 2009

TEMPAYAN HIASAN



Bila final projek tembikar bermula, mula lah pening kepala..mana tidak nyer, projek kene wat 2 kaki.. Mujur asigment ne by grouping.. lau x maunyer gigit jari..huhuhu

Akhirnya, kami membuat keputusan bersama untuk membuat tugasan ini setelah mendapat persetujuan Dr Tajul untuk membuat tempayan hiasan ini.. tinggi tempayan ini adalah 28 inci.
Langkah pertama dimulakan dengan menguli2 tanah. Menggunakan teknik coiling dan picitan.




Nak buat tempayan ne kene banyak kesabaran dan luangkan masa yg ada. x bleh nak berpoya2, so fokus pada kerja..hehehe













































































Akhirnya, projek tempayan hiasan ini selesai kepenghujungya, cuma tinggal nak di bakar sebelum hari assment. Berkat kesabaran kami berdua, makan terbentuk lah sebuah tempayan hiasan yang x penah dibuat oleh orang lain.. karya tempayan ini adalah asli dari air tangan kami sendiri..hehehe..
Mesti korang tertanya2 ape yang berlaku seterusnya kan..kalau korang semua nak tahu, kami agak terkilan kerana tempayan yang kami cipta akhirnya mula menunjukkan tanda2 retak pada bahagian tapak.. kemudian mula melarat pada bahagian badan.. Betul kata Dr Tajul " siapa yang mula2 siap awal, mesti akan retak akhirnya". Kata2 itu ak ingat sampai sekarang..
Bak kata hati ku sendiri " Nak buat tempayan ne makan masa dekat sebulan, tapi nak musnah hanya makan masa berjam sahaja.. erm sedih nyer...
Berkat kesabaran dan kesungguhan, kami sekarang dalam proses membuat tempayan hiasan yang ke dua kalinya. Kami akan berusaha sehingga ke titisan darah sekali pun..Cayok2...hehehe















Doa Untuk Kekasih


Ku panjatkan kepada Mu..
wahai Tuhan yang Maha mengerti..
Kau perkenankan la segala doa hambamu dan rakan-rakan seperjuangan ku ini..
Kerana engkau Maha mengerti, setiap dari ujian Mu..
Khas buat teman2 ku,
Jangan lah kita mudah berputus asa..
Teruskan Berusaha & Berdoa,
semoga apa yang kita harapkan akan mendapat keredaan olehNya..
Aminn...

TIPS KESETIAAN UNTUK PASANGAN ANDA..

Mengertilah
Pahami dan mengertilah segala keadaan yang sedang menimpa pasangan anda, baik dalam keadaan senang/putus asa. Jangan pernah memperburuk suasana hatinya ataupun menyalahkannya ketika ia sedang mengalami nasib buruk. Jangan meninggalkan dia dan tetap setia di dalamnya, maka pasangan anda akan semakin mencintai anda.

Jadilah penghibur baginya
Bila pasangan sedang sedih atau terluka hatinya, maka hiburlah dia, kerana cinta Anda akan memberikan penghiburan dan penguatan bagi pasangan Anda.


Terima Seadanya
Dalam hubungan, jangan mencemari hati dan cinta dengan banyak tuntutan. Jangan banyak mengeluh kepada pasangan, tapi ucapkan syukur dalam setiap menghadapi kekalutan hidup.

Jangan takut kecewa
Kebanyakan orang selalu ingin senang terus, dan menghindari rasa kecewa, padahal masih banyak sisi hidup yang harus dipelajari. Ada kalanya, Anda harus merasa kecewa kepada pasangan Anda, seperti adanya pertengkaran yang membuat Anda terluka hati. Namun, tidak perlu takut menghadapinya, kerana luka-luka kecil itu akan menambah kedewasaan diri. Cintalah yang akan memberikan semangat hidup untuk bangkit dari kekecewaan. Untuk itu, setia kepada cinta, jangan takut jika harus merasa kecewa.

Tunjukkan sikap ‘kesetiaan’
Padukan perkataan dengan sikap yang menunjukkan bahawa Anda tetap setia kepada cinta pasangan Anda. Semua itu membuktikan dalam hubungan terdapat kejujuran dan kepercayaan antara satu sama lain, dan dengan demikian Anda berdua akan sama-sama menikmati buah kesetiaan tanpa perlu khuatir dengan kebohongan.